dimaNAKah CantIkNya SeoranG WAnita??

Wednesday, October 27, 2010

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


credit to i luv islam.com...

251010~ Hari YAng INdah

Monday, October 25, 2010

Assalammualaikum semua....
hari ni lewat skit aku online....biasalah buzy dr pagi sampai petang....
ape yang aku buat erk???
biasalah bangun solat subuh, tido balik (mcm mane la kalo dah keje nanti)...
bangun kul 7.30am..tp kuar bilik..landing pulak kat kerusi depan....
biasalah, alasan ku bila mak tegur
"mak, mata salah parking"
hahahaha.......... itulah alasan yang tak masuk di akal...
bangun je..benda first aku buat...start mesin la...
nasib baik auto dah sekarank, kalau semi mcm dulu, sampai kul 12 pon tak abis basuh kot...
pastu sambut kedatangan anak2 jagaan ku dan mak ku....
mula2 dtg mesti ain..tp ain g klinik...dtg lambat...
pastu adib, then akhir sekali irshad...ade lagi si kembar (balik tadika)
aduhh..inilah kerja tetap ibuku...dr dulu sampai sekarank...
dengan duit ini lah juga ibuku bertungkus lumus menyediakan keperluan kami untuk belajar...
mak hairan mcm mane aku boleh berjaya sebab mase aku amik SPM...mak jaga 9 org budak..
korg boleh bygkan tak???
TRAGIK WEHHHH.....
rutin aku sekarang, buat susu, tidokan ain...DAN MENJERIT kepada si kembar...
masak dah tak boleh dah since kalau aku mak aku masuk dapur..sah2la 3 keping budak tue ekott je..aku lah kene kejar2 diorg....MCM HAMPEH
bila ain tido je...aku boleh lelapkan mata..bangun je mesti aku bersilat balik...
bg mandi mereka bertiga..dan MENJERIT kepada si kembar suruh diorg mandi...
AHHH tension jugak....
tp nk wat camner..terima jerla
kalau aku dah start keje nanti, mcm mane lah mak nk handle erk...

hari ini, genap ain batrisya setahun...
pejam celi, pejam celik...dah 10 bulan aku jaga ain....
tolak la 5 bulan praktikal
ish...ain2..budak pompuan yang paling garang pernah aku jaga...
salah sket, muke aku kene lempang...

kalau nk diikutkan hati..mmg tension..tp inilah life aku sekarang...
diorg tak dtg sehari pon aku dah windu...
diorg la sumber kebahagiaan aku sekarank..
diorglah bg keceriaan kat hidup aku...
diorg buat aku sentiasa ceria....
walau pun penat, aku tetap sukekan condition skrg
maybe, ble dah keje..akan ku rindukan kehidupan ini....
aku rase no life la without child...
AIN, ADIB dan IRSHAD...
MAK NYAH@ miDAH SYG KORG SGT2....
SEMOGA KORANG MEMBESAR MENJADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH
~AMIN~

ADA APA PADA CINTA??

Sunday, October 24, 2010

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.


4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.


6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.


8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.


9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.


10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.


11. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


AKAN KU CUBA MENCARI ERTI SEBENAR CINTA

CINTAKU KINI HANYA PADA ALLAH

"SATU-SATU SAYA SYG ALLAH,

DUA-DUA SYG RASULULLAH,

TIGA-TIGA SYG MAK ABAH,

1, 2,3 SYG SEMUANYA"

(LAGU NYANYIANKU SETIAP HARI)


Harapan TiNGgAL HArAPAN~

salam........
ingin ku kongsikan rahsia cintaku yang selama ini ku pendamkan.....
aku sendiri tidak tahu, adakah ini cinta mahupun perasaan ku semata2....
aku telah kongsikan kisah cintaku ini kepada kawan2ku sebelum ini...
entahla, diorg mcm fikirkan aku seolah2 bermain dengan perasaan ku sendiri...
ingin ku katakan ini merupakan cinta pertamaku...ermmmm, ntahla..aku pon tak pasti...
hahahah, mase tadika aku sukakan seorg budak lelaki yang boleh dikatakan charmingla...
tp, semakin membesar, rase suka tu pudar....
mase sekolah rendah, aku minat ngan rakan sekelas, tp kini ALLAH lebih dahulu menjemputnya...
SIAPA sebenar dihatiku sekarang....

SI DIA,
sudah lame aku kenal.....
aku pernah menjadi rakan sepermainanku...
ish, jgn bg hint byk2....hahahah
kisah cintaku ini bukanlah sehebat kisah cinta rakan2ku....
bukan sehebat kisah2 novel....
dan bukan sehebat kisah2 drama cinta....
tp, sudah lama kupendamkan perasaan ini..
dan aku rase, sudah sampai mase ku lepaskan DIA....
pendek kata la, INI CINTA SEBELAH TANGAN JE....

DIA,
SIAPA DIA DIMATAKU....
merupakan sumber inspirasiku ingin berjaya...
sebab dia masuk matrik, aku pon nk masuk matrik....
cuma di lagi pandaila kot....
mase sek men, dia masuk asrama...
tp tiap2 kali aku balik sekolah hari jumaat, aku sentiasa berharap berselisih dengannya...
hingga sekarang aku kerap mimpi DIA...
tp org ckp kalau mimpi orang yang kita nampak muka, dia bukan jodoh kita...
betul ke???
biar ALLAH yang tentukan..
sebab sekarang, kalau online FB, kalau dia online...aku berharap sgt dia tegur aku...
lagi satu, betul ke kalau kita mimpikan dia selalu, tandanya dia pon igtkan kita???
hahahahaha.................harapan palsu

ramai kawan aku suruh aku approach dia,
tp, aku ni bukan pompuan yang desperate...
aku ade prinsip, aku tak nk "perigi cari timba"
aku tak nk buat mcm tu......
aku bukan tak nk usaha...
kalau dia sukakan aku, mesti dia akan tegur aku kan...
so ini dah terang2 tunjuk dia no feeling ngan aku....
SIAPALAH AKU kan???

kadang2 aku marahkan diri aku sendiri.... nape tak leh nk break the rule??
try tegur dia.... aku pernah...mcm one way communication je...
ckp 10 patah, jawab 10 patah....
mungkin dia ade type of person yang dia nk...
maybe i am not in his list...
so better i stay away kot.....
maybe, dia dah ade right person....
kita tak tau kan???

so sekarang aku hanya berserah jer...
aku kene move on dengan life aku.....
aku akan try utk lupakan DIA...
harapan tinggal harapan...
aku ade byk matlamat lain selain INI....
Mungkin ALLAH dan ade rancangannya untuk aku...dan aku tak layak nak merancangnya
yela, kita merancang, hanya ALLAH menentukan....
SIAPA LAH aku,
aku hanya SITI HAMIDAH MOHAMAD RAZALI....
SABAR ja midah oiii............ cukuplah bermimpi di siang hari...
harapan ku, hanya tinggal harapan.....huhuhu...

HIDUP PERLU DITERUSKAN....
AJA2 FIGHTING!!!!



ASYIK2 isu YG SAMA

Friday, October 22, 2010

salam kawan2 terutamanya pelajar upsi...
aku disini ingin meluahkan tidak kepuashatian aku terhadap perkara yang dibangkitkan...
setiap kali isu posting ini keluar, pelbagai alasan diberikan...
baru2 ni, baca upsi kini, isu ini ditimbulkan kembali...

"Dalam kenyataan beliau, TNCA mengatakan bahawa isu berhubung pertembungan penempatan DPLI dan ISMP telah dibawa ke perbincangan bersama KPM dan mungkin akan diatasi dalam RMK 10 nanti. Sekarang kita masih menggunakan dasar yang sama."

pertembungan DPLI dan ISMP....
bukan di sini nak perlekehkan atau merendahkan DPLI...
cuma tidak berpuashati dengan kenyataan yang ternyata sekali berat sebelah...
aku, pelajar ISMP rase tidak adil dengan kenyataan ni sebab pelajar ISMP pon ade budak KPM...kenapa kami dianaktirikan???

sepatutnya kami yang didahulukan sebab kami 4 tahun bersusah payah belajar pendidikan...
ish, kalau dah tau hal nie berbangkit balik, kenapa wujudkan lagi sistem yang dah lapuk ni...
kenapa tak perbaiki sistem supaya lebih baik lagi...

mase aku jadi guru ganti kat smksm, hampir 20 org guru GSTT kat sekolah tu....kenapa perlu lagi wujudkan GSTT tu lagi kalau dah tau guru melambak2 nk keje....
GSTT pulak buat angin kepala die pulak, tak nk tamat kontrak...
kamu tu dah ternyata dlm kontrak...sampai masa..berhentilah... ramai cikgu kat lubuk upsi nie tak keje...korang semua je ade keluarga, kami ini takde ker??

sebenarnya bayak penyumbang kepada isu lambat posting ni...lembap buat keje ( duit gaji aku pon tak dpt lagi), GSTT, kerenah birokrasi....apalah nasib kami...kesian kat mak bapak kami yang sentiasa menyokong kami...sampai sudah masa kami berbakti kepada mereka... tolonglah, jgn sekat peluang kami..

mmg la "Bumi Allah nie luas, rezeki ada kat mana2"... kami pelajar ijazah sarjana muda pendidikan..kami nak pg mana??

buat rakan2, terima kasih lah bg nasihat supaya bersabar...mmg aku bersabar...tapi kalau dah melibatkan ibu bapa aku..aku menyirap jugala..diorg, kalau dengar pasal posting diorg excited...
aku pon malas dah nk jawab pertanyaan org "midah tak keje lagi ke??" " emmm, tunggu panggilan"...
betul la org kate, pelajar upsi ni sentiasa dianaktirikan sebgini...

semoga isu ini akan pudar dan nasib kami semua terbela...semoga dipermudahkan semua urusan.. amin~~~




I'M PROUD OF YOU~~

Thursday, October 21, 2010




ASSALAMMUALAKUM SEMUA....
DAH LAME BLOG NIE BERHABUK....
AKU TAK TAU NK POST APE.......
ALHAMDULILLAH, TANGGAL 16 OKTOBER MENJADI PENGUBAH HIDUPKU DAN MENJADI SATU TITIK PERMULAAN PERJUANGAN KU SEBAGAI SEORANG BAKAL PENDIDIK~~
TANGGAL 16 OKTOBER MERUPAKAN DETIK BERSEJARAH YANG TIDAK MUNGKIN AKU LUPAKAN DIMANA PADA TARIKH INI AKU MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS DENGAN KEPUJIAN.....
BERMULANYA JOURNEY KU KE TANJUNG MALIM DENGAN PENUH SEMANGAT WALAUPUN HANYA IBUBAPA, ADIK HAWA DAN ADIK ANGKAT KU YANG MENEMANIKU.. TP AKU BERSYUKUR AKU MASIH MEMPUNYAI IBUBAPA YANG AKAN MELIHATKU MEMEGANG IJAZAH KU....

MEMEGANG IJAZAH??
IA MERUPAKAN IMPIANKU SEJAK AKU MELIHAT KEJAYAAN SI DIA YANG MENJADI SUMBER INSPIRASIKU~
SEJAK AKU MELIHAT KEJAYAANNYA, AKU SERING BERKATA " KALAU DIA BOLEH, AKU PON BOLEH"
MENDENGAR BAPAKU BERCERITA, BAPANYA BANGGA ANAK2NYA BERJAYA...MENGUATKAN LAGI KEAZAMAMKU INI INGIN MEMPEROLEH IJAZAH

LIHAT ABAH!!..BUKAN ANAK DIORANG JE YANG BOLEH, ANAK ABAH PON BOLEH....
WALAUPUN BAPAKU TIDAK MENUNJUKKAN PERASAAN SEBENAR, AKU TAHU DIA BANGGA DENGAN KU DAN ANAK2 YANG LAIN...
WALAUPUN ABANGKU TIDAK ADA INI SEMUA, TETAPI DIA BOLEH BERJAYA...

ABAH CUKUP BERSEMANGAT BANGUN PAGI2, TANYA " NI, NK BERTOLAK KUL BAPE"
HUHU...ABAH2, AGAKNYA DIA TAK SABAR....
TEPAT PUKUL 10, DIA DAH SIAP SEDIA WALAUPUN MAK, AKU DAN LAIN MASIH BERSIAP....

DI DALAM DEWAN, SEMASA BERARAK, AKU DAPAT MELIHAT IBU BAPAKU TERSENYUM BANGGA DAN PALING TIDAK AKU LUPAKAN SENYUMAN BAPAKU YANG BOLEH KU KTAKAN SAMPAI KE TELINGA.....ABAH, MIDAH DAH SAMPAIKAN HAJAT ABAH....
SEWAKTU NAMAKU DIPANGGIL, AKU MELANGKAH DENGAN PENUH BANGGA SEBAB AKU MEMBAWA NAMA BAPAKU IAITU SITI HAMIDAH MOHAMAD RAZALI..TENTU DIA BANGGA MELIHAT NAMANYA DI PAPAN SKRIN YANG BESAR..
SEWAKTU AKU BERJALAN MENURUNI, AKU SUDAH MELIHAT MEREKA DAN SEWAKTU MENDEKATI MEREKA ABAH MENUNJUKKAN ISYARAT THUMB UP....APAKAH MAKNANYA ITU???

ABAH, MIDAH AKAN BUAT SEDAYA YANG MUNGKIN UNTUK MELIHAT ABAH TERSEYUM BANGGA...INSYAALLAH, MIDAH AKAN BUAT LAGI...

IBU KU, TIDAK BERKATA APA2...CUMA PADA KEESOKAN HARI, DIA MENITISKAN AIR MATA~~
AKU TANYA "NAPE MAK"
MAK AKU MENJAWAB " MAK SIANKAN ATUK, MAK BERTUAH DAPAT TGK ANAK MAK BERJAYA....DIA??? (SAMBIL MENITISKAN AIR MATA)
MAK, MIDAH JANJI, SELAGI MAK NGAN ABAH ADA...MIDAH AKAN BERUSAHA SEDAYA MUNGKIN..INSYAALLAH