ASYIK2 isu YG SAMA

Friday, October 22, 2010

salam kawan2 terutamanya pelajar upsi...
aku disini ingin meluahkan tidak kepuashatian aku terhadap perkara yang dibangkitkan...
setiap kali isu posting ini keluar, pelbagai alasan diberikan...
baru2 ni, baca upsi kini, isu ini ditimbulkan kembali...

"Dalam kenyataan beliau, TNCA mengatakan bahawa isu berhubung pertembungan penempatan DPLI dan ISMP telah dibawa ke perbincangan bersama KPM dan mungkin akan diatasi dalam RMK 10 nanti. Sekarang kita masih menggunakan dasar yang sama."

pertembungan DPLI dan ISMP....
bukan di sini nak perlekehkan atau merendahkan DPLI...
cuma tidak berpuashati dengan kenyataan yang ternyata sekali berat sebelah...
aku, pelajar ISMP rase tidak adil dengan kenyataan ni sebab pelajar ISMP pon ade budak KPM...kenapa kami dianaktirikan???

sepatutnya kami yang didahulukan sebab kami 4 tahun bersusah payah belajar pendidikan...
ish, kalau dah tau hal nie berbangkit balik, kenapa wujudkan lagi sistem yang dah lapuk ni...
kenapa tak perbaiki sistem supaya lebih baik lagi...

mase aku jadi guru ganti kat smksm, hampir 20 org guru GSTT kat sekolah tu....kenapa perlu lagi wujudkan GSTT tu lagi kalau dah tau guru melambak2 nk keje....
GSTT pulak buat angin kepala die pulak, tak nk tamat kontrak...
kamu tu dah ternyata dlm kontrak...sampai masa..berhentilah... ramai cikgu kat lubuk upsi nie tak keje...korang semua je ade keluarga, kami ini takde ker??

sebenarnya bayak penyumbang kepada isu lambat posting ni...lembap buat keje ( duit gaji aku pon tak dpt lagi), GSTT, kerenah birokrasi....apalah nasib kami...kesian kat mak bapak kami yang sentiasa menyokong kami...sampai sudah masa kami berbakti kepada mereka... tolonglah, jgn sekat peluang kami..

mmg la "Bumi Allah nie luas, rezeki ada kat mana2"... kami pelajar ijazah sarjana muda pendidikan..kami nak pg mana??

buat rakan2, terima kasih lah bg nasihat supaya bersabar...mmg aku bersabar...tapi kalau dah melibatkan ibu bapa aku..aku menyirap jugala..diorg, kalau dengar pasal posting diorg excited...
aku pon malas dah nk jawab pertanyaan org "midah tak keje lagi ke??" " emmm, tunggu panggilan"...
betul la org kate, pelajar upsi ni sentiasa dianaktirikan sebgini...

semoga isu ini akan pudar dan nasib kami semua terbela...semoga dipermudahkan semua urusan.. amin~~~




No comments: