ADakah Ini Petunjuk??

Monday, August 23, 2010

salam, hari ini ku buka hari ku dengan satu cerita yang terjadi di pagi hari,
sedang aku tidur, tiba2 ku dengar ibuku menangis teresak2....
pelik aku, tiba-tiba je die nangis...
adik ku yang tengah seterika baju pon bergegas keluar....
aku tanya, "kenapa mak nangis"
mak aku jawab " mak sedih, mak mimpi semalam, arwah along, ngan arwah atuk"
aku: " nape pulak"
mak: " mak mimpi mak raya kt umah diorang, rumah diorang takde atap, dinding runtuh, usang, kayu semua reput"
mak tanye " kak limah, abislah basah kak limah, baiki lah atap"
along limah jawab: "biarlah je"

apakah maksud mimpi ini??
adakah kerana mereka inginkan doa anak2..
aku yakin, tidak ada sepatah doa pon yang anak2 berikan kepada arwah along limah,
kalaula aku mampu, ku ingin hadiahkan doaku kepadanya hari-hari..
adakah doaku sama dengan doa anak2 along limah....
ku tahu, hidup anak-anak tak tentu arah..
puasa nk, sembahyangnya tidak.....
ku sedih, kerana tidak pon ade kesedaran dr 5 orang anak2 along limah ini...
adakh kerana salah didikan? wallahualam...

Ya ALLAH, KAu ampunkan dosa mereka Ya Allah, Kau ampunkan dosa along limah, Kau ringankan penderitaan dia, semoga Kau tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Ya Allah, Kau bukakan pintu hati mereka Ya Allah, Kau berikan mereka hidayah...

aku Mohon YA ALLAH~~

inilah kuasa doa anak2 kepada ibu bapa,
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

ingin ku kongsikan,

Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )'

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah



No comments: